++ In my dream , you're mine. But in reality , you're a dream ++

Monday, June 25, 2012

TIPS MENGURANG & MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT ...



Jerawat sangat mudah untuk diatasi.

Berikut merupakan petua-petua berkesan bagi menghilangkan jerawat dengan mudah .






1. Hilangkan Jerawat Dengan Tomato

Buah tomato ini mempunyai pelbagai khasiat yang bagus. Antara khasiat buah tomato ialah baik untuk kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam (blackheads) dan juga menghilangkan jerawat. Mula-mula belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato.


2. Hilangkan Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis

Mula-mula ambil satu kulit kayu manis dan asahkannya pada tembikar atau alas pengasah campurkan dengan sedikit madu. Kalau takde madu boleh juga gunakan air biasa. Jadikannya sebagai masker dan sapukan ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Peringatan kalau first time cuba letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis ini panas. Kalau dah biasa boleh sapuan tebal. Tapi kulit kayu manis memang paling mujarab untuk cuba. Cuma kelemahan panas dan bau rempah yang kuat. hee ~


3. Hilangkan Jerawat Dengan Lidah Buaya

Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Yang penting berterusan. Paling menarik lidah buaya ini memang best sebab ia menyejukkan kulit muka.


4. Hilangkan Jerawat Dengan Ubat Gigi

Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian baru di bilas dengan air yang suam. Kandungan ubat gigi mampu membantu untuk mengeringkan jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah. Ini tips paling mudah sekali untuk amalkan dan memang menjadi pada diri . Muka pun sejuk je bila sapu ubat gigi pada jerawat.


5. Hilangkan Jerawat Dengan Putih Telur

First, pisahkan kuning telur dengan putih telur. Just ambil putih telurnya sahaja. Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah anda dan diam selama 15 minit. Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda yang seringkali menjadi penyebab timbulnya jerawat. Selepas itu cuci dengan air suam. Selain itu, telur putih ini boleh buang blackhead dan whitehead dengan korang rendamkan tisu dengan telur putih kemudian tampalkan tisu pada hidung. Selepas kering, tengok blackhead dan whitehead melekat pada tisu. Kelemahannya bau hanyir pada telur tapi tips ini pun menjadi ..


::p/s --> o0, mknenye hari tu nf tak buat keje gile laa ... meletakkan ubat gigi pada jerawat pn merupakan salah satu tips dari pakar ... hoh0 .... NICE info nim :D
tapi kalau u all nak guna produk2 moden like OXY ,, pon bole :))


* tambahan --> nf ade terbace artikal mane ntah dulu.. satu lagi care nak mngurangkan jerawat tumbuh ialah ..' apabila anda terperasan ad jerawat yang baru hendak tumbuh dimuka anda ,,anda boleh cuba mngurangkan jerawat tuu dngan mengenakan muka pada wap nasi yang ditanak ' ... 
u all faham tak maksud nye tuu.. wap nasi yang ditanak tadi sedikit sebanyak membantu dalam pngecutan jerawat yang baru hndak tumbuh itu... 


oke ... elakkan memicit jerawat dngan menggunakan KUKU yer !! :D 



HOPE U GUYS ENJOY WIF MY POSTS

4 blogheart comments here:

Rafflesia™ said...

muka syieda memang tak dapat nak dipisahkan dari jerawat. mungkin sebab resdung kot :(

BUDAK NAKAL said...

godek-godek entri nie . hehe .
nice entri **

farhalurve said...

sis @Rafflesia™ resdung ek?? pn bole cube kowtt even da ade ubat khas dye ..
btw,, smga resdung tuu berkurang oke :)

farhalurve said...

@BUDAK NAKAL pepagi buta pn xtido lgi sis nim ..hehe
ur entri pn best2 jer dear :)