++ In my dream , you're mine. But in reality , you're a dream ++

Monday, June 18, 2012

buat BAIK dibalas BAIK ..


salam alls ... tadi ak ade terbace satu artikal ... tajuk nye adalah buat baik dibalas baik ... jom bace :)))



Buat baik dibalas baik. Buat jahat dibalas jahat. Perkara macam itulah yang dipanggil hukum karma. Bukan taksub kepada kepercayaan hindu tentang hukum karma tu tetapi dalam agama Islam juga telah diajar bahawa setiap kebaikan yang kita lakukan pasti akan kembali kepada kita semula. Begitu juga jika kita berbuat jahat. Balasan itu pasti ada, sama ada di dunia atau di akhirat kelak. Hanya Allah SWT yang menentukan dan tahu segalanya.


Sebelum ni banyak kejahatan dan keburukan dah menimpa diri dan hidup aku. Sampai satu tahap aku rasa macam dah tak sanggup nak harungi semua tu. Tapi ternyata ianya mungkin balasan atas kesilapan yang pernah aku lakukan dulu. Aku tak nafikan dulu aku memang jahat walaupun kawan-kawan cakap muka aku muka ‘budak skema’. Skema ke? Haha..


Kadang-kadang rasa bersyukur juga bila dapat harungi semua dugaan tu. Walaupun berat, tapi Allah tahu kemampuan seseorang hamba-Nya yang diuji. Tiada ujian yang membebankan kita sangat sebenarnya. Cuma kita belum jumpa jalan penyelesaian yang sesuai dan berkesan bagi ujian tersebut. Ujian daripada Allah memang takkan habis. Bila berdepan dengan ujian jangan asyik merungut. Merungut takkan selesaikan masalah. Manusia itu lemah dan perlukan bantuan Allah SWT. Sebab itulah kita disuruh untuk sentiasa berusaha dan taat kepada Allah SWT kerana kita tak tahu apa akan berlaku kepada kita di hari esok, lusa, dan seterusnya.


Bila kita berbuat kebaikan, insyaAllah kebaikan akan datang kembali kepada kita dalam pelbagai bentuk. Hati pun rasa senang bila dapat buat kebaikan. Mungkin juga kebaikan yang kita buat akan dapat bantu kita selesaikan masalah yang sedang kita hadapi. Kita tak tahu. Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui atas segala-galanya dalam kehidupan ni.



::p/s--> sentiasa lah kita berbuat baik sesama manusia ... oke blogheart =.=




HOPE U GUYS ENJOY WIF MY POSTS

0 blogheart comments here: