..ak sbgai seorang wanita mpunyai bnyak perkara yang tidak disukai
tentang kaum lelaki...disini ak nak share serba sdkit sifat dan perangai
lelaki yang tidak disukai wanita termasuklah ak..!
1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak
meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara
kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara
walaupun pasangannya tidak bersalah.
2. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri
kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan.
Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah
tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan
melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh
kekasih mereka… macammana tu?
3. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu
pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga.
Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas
ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan
suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya
suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman
lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah,
malas jugak nak layan kadang-kadang!
4. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang
gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit,
mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula
dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena
tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana
kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka
yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah
bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada?
Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma
kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat,
tak payah bercintalah cik abang oiii!!!
5. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik
berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya.
Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan
duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak…
asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu
membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak…
membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang
teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan
tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman
lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.
6. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita.
Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada
kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka
bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan
membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan
mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah
mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
7. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan
alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan
memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat
dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji
mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku
solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih
menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat
menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan
semua gadis akan menjauhi anda.
8. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada
kekasih,mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda,
terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
9. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang).
Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam
nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli.
Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih
kenalah jaga juga cik abang!
10. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini
berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah
yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki
idaman para wanita.Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita
mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih.
Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah
terlebih-lebih perasan tuu… ada wanita yang lebih suka mengutuk
dari memuji… hahaha sedarlah!
11. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki
selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat
sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga
suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak
mementingkan perasaan kekasih… egolah katakan! Tidak
semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.
12. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang
memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi
kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula
melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya…
mereka kurang mengambil perhatian.Mengapa ya? Kaum
wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi
cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya
kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin
bermanja dan dimanjakan.
13. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya
‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan
1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek
akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah
biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan…
apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan
lelaki hilang pulak?!!
14. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan
kerjaya.Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan
kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula
bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja
yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan
kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa
bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan
masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja.
Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau
teman lelakinya pandai membahagikan masa…
15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni
ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang
kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar,
pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan
macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau
semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan
apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah…
hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang
dapat menjawabnya.
16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’.
Mereka emas melihat teman wanita mereka makan terlalu
sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang
gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya,
samada lelaki mahupun wanita patutlah makan
dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak
bermain bola sepak ataupun menonton WWE bersama
kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan
dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu
saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita
tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa
bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam
tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan
sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita
dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih,
mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi
takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari
dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa
seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula...
18. TIDAK TAHU MENGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan
atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura
tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka
seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan
sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau
sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak
menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap
anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya
terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya
ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat
sesuatu untuk anda.
19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan
walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah.
Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia
mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari
kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai
pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana
apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda
suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan,
melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.
20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang
lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan
dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang
diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak
merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak
membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda
macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho
yang disangkakan, tak guna juga!
**bg ak lelaki dan p0mpuan masing2 ade kelemahan dan kelebihan
sndri..jgn terlalu menilai 0rg sgt! ;)
0 blogheart comments here:
Post a Comment